Wednesday 28 August 2013

Syawal ke 4 di Kampung Mak - Sabak Bernam

Seawal 8.30 pagi aku dah bersiap2 dah, tunggu abgcik di rumah mak..bawak 2 kereta jer..jimat katanya..kami ikut LATAR..sepanjang perjalanan tu hujan turun dengan lebat lah jugak...

Bila hujan perut pun laparlah, mak dah cakap awal2 kena bawak makanan sbb kedai memang tak bukak lah raya2 ni..sampai kat bukit melawati tu abglong ajak minum kat kedai mamak..tapi penuhlah pulak...teruskan lagi perjalanan...lepas jambatan tu nampak GIANT..wassap shahrul suh berhenti kat Giant..

Lepak kat food court luar Giant tu beli air jelah sebab mak ada buat nasi goreng dan kakcik pun ada beli bihun goreng..abis makanan licin semua..jom kita teruskan perjalanan kita..



saya sayang mak saya..muahhh..
Rumah pertama yang hendak dituju ialah rumah abang mak aka Wak Long...wak long ada sorang jer anak..anak lelaki masih belum kahwin...wak long kahwin pun dah agak berumur..katanya biar adik2 lepas dulu..itulah pengorbanan seorang abang..

"Wak Long" abang mak yg sulung


Setelah lebih kurang 2 jam dan lepas makan tengahari yang super duper sedap tu (rebung masak lemak, sambal tumis ikan bilis, ikan jaket lah...macam2 lah) kami pun mau berangkat menuju ke rumah seterusnya..
singgah solat zohor dulu di masjid..anak dara tu sentap sebb aku lupa nak bawak telekung dia...huhuhu

Rumah berikutnya ialah rumah Abg Ajak, sebab kakak mak ada kat situ...kat sini makan laksa, nasi impit kuah kacang, mee udang..gumuks..gumuks..

"Enchik" kakak mak sedap jer tgk adik dia makan..hehehe



biasalah kat kampung ni mesti ada meriam punya..berlawan2 bunyi dgn kampung sebelah..tak meriah raya kalau tak meletop-letop nih..

abglong takut2 berani nih...hehehe


  




Ok, marilah kita ke rumah seterusnya..kat belakang rumah ni jer..rumah anjang..adik abg ajak...lepak makan kuih raya jer sebab perut dah mengetat dan tersembul..hehehehe..lepak2 rehat mandi bagai sampai pkl 6 ptg jom lah kita pulang...


Msg iboo aneem ada kat rumah tak ingat nak menyinggah lah sekejap nak jumpa si kembar..dah alang2 lalu kat Tanjung Karang tu..iboo ada kat rumah siap masak mee bandung yang sedap giler babas lagi..nyumm..nyumm..


Perjalanan pulang ke KL taklah jem....so sampai KL lebih kurang pukul 10.30 malam...esoknya aku masih bercuti...

Friday 23 August 2013

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum,

Mulanya memang takde mood langsung nak menyambut hari raya nih…tapi sebab fikirkan abang adam dan kakak dina yang berpuasa penuh dan atas nasihat kawan2 aku kuatkan diri..mak jugak cakap kalau korang sedih nanti abah pun akan sedih jugak nanti (walaupun aku tau yg mak lagi sedih sebenarnya)..kan abah pesan kalau dia takde nanti jangan nak bersedih sangat..solat jangan lupa dan yang penting selalu doakan untuk dia L

Beberapa orang yang aku jumpa bila cerita pasal abah meninggal di pertengahan bulan Ramadan mesti dorang akan senyum dan berkata…”Ya Allah, bagusnya meninggal di bulan Ramadan..apakah amalan yang abah kau buat sampai dia dijemput dibulan berkah itu”.

Banyak pengajaran yang menginsafkan aku bila semua ini terjadi..masa aku belum kahwin dulu aku selalu tengok abah bangun tengah malam buat solat sunat boleh dikatakan setiap malam…aku dengar abah menangis semasa dia buat solat sunat taubat…abah juga pernah cakap kat kami semua…yang dia terlalu banyak dosa dan banyak benda terlarang yang dia buat dan dia harap Allah SWT menerima taubat dia..dan Allah telah menguji abah dengan penyakit yang abah tanggung sebagai mencuci segala dosa-dosa yang di lakukan dan dalam masa yang sama Allah juga telah menguji kesabaran kami semua dengan pelbagai dugaan…sesungguhnya kami semua teramat sayang dan rindu dengan abah…kami harap abah ampunkan segala dosa-dosa kami terhadap dia..setiap kali raya masa salam bersalam abah mesti cakap ayat yg sama “korang tak pernah buat salah kat aku, dan aku ampunkan segala dosa-dosa korang..aku marah sebab aku sakit”

Walaupun abah dah takde depan mata tapi dia tetap ada dalam hati aku nih sampai bila2…

Mak nampak berubah, selalu termenung dan berkhayal dan mak pernah cakap selama 46 tahun aku tak pernah berpisah dengan abah kau.…sedangkan lidah lagi tergigit…macam2 yg mak lalui dgn abah…itu semua adalah kenangan terindah buat mereka..

Emosional lah pulak..oklah, jom citer pasal raya pulak..
Pagi raya lepas mr.hubby dan abang adam balik solat raya, kami sekeluarga berkumpul dirumah opah untuk bermaaf-maafan..tahun ni ramai sebab bonda dan family dah sampai malam raya tu lagi…seperti biasa setiap tahun..lepas bermaafan di rumah opah barulah aku pergi rumah mak sampailah petang…dekat pun bukannya jauh sangat..10 minit jer pun…

masing2 dah stanby nak bersalam dan kutip duit raya..hehehe

Bergambar di tangga rumah opah..

Princess papa tak abis2 menangis minta maaf..org lain dah abis dia tak abis lagi

gambar bawah barisan penyambut tetamu..hehehehe
Kami memang orang KL so tak payah nak bersesak-sesak kat lebuhraya sana..sapa kata kat KL tak meriah..kaum keluarga saudara mara pun semua orang KL so memang meriah lah..
Pkl 12.30 tghari baru sampai rumah mak sebab nak tunggu abangcik sampai dulu sebab ingat nak pergi pusara terus…tapi achik (adik bongsu mak) & family dah sampai..so batalkan niat nak ke pusara..tp anak2 buah aku, abang long dan mr. hubby pergi kubur dulu..

Melayan achik & family...memang kecoh lah sepupu2 aku nih..sekali sekala jumpa macam ni lah..kepala semua giler2..penuh rumah dengan anak cucu menantu semua..aku memang rapat dgn sepupu aku ni..kami sebaya..kalau kecik2 dulu selalu nak pakai baju sama jer..cuti sekolah jer aku akan ke rumah dia atau dia ke rumah aku..


Abanglong cal kata kat kubur tu penuh sesak, dia suruh pergi petang jer..lepas achik sekeluarga balik barulah sesi maaf bermaafan…sebak aku masa nih..aku cakap kat mak..”mak tolong jaga kesihatan mak ya..sbb org taknak kehilangan buat kedua kali lagi…waaaa”

sangat syahdu waktu nih..princess papa tu emo lagi kat sini
Al-Fatihah..semoga abah tenang disana...amin
Dah selesai semua, dalam pukul 3.30ptg kitorg bergerak ke kubur..alhamdullilah orang pun dah tak ramai..selesai membaca yassin kami pun bergerak mau menuju ke rumah opah semula..mak nak jumpa besan dia..MIL aku..

Dalam pukul 6.30ptg mak dan adik beradik aku semua dah balik..kemas lah apa yang patut pastu aku nak tidokan si boboy nanti kang merenggek jer keje dia kalau tak tido..malam tu pergi balik rumah mak..lepak2 sampai pkl 11mlm baru balik…

Inilah keluarga saya...Abglong, Angah, Abgcik & Me..love them so much...
Selesai sudah cerita raya pertama saya…
  

Tuesday 20 August 2013

15 August 1941 - 25 July 2013

Al- Fatihah

Abah telah pergi meninggalkan kami semua pada 16 Ramadhan, aku tak tau macam mana nak mulakan..tapi sejak 2-3 bulan sebelum nih aku memang takde mood langsung nak update blog nih..dah taip pastu delete..taip lagi..delete lagi..
Masuk bulan Ramadan lagilah aku rasa semacam, setiap kali solat hati aku akan tiba2 jadi sebak dan sayu bila aku mendoakan untuk ibubapa aku…dan aku akan teringat semula bila bulan Ramadan ni abah lah yang akan menjadi orang yang paling sibuk sekali semasa sihat dia..

Abah sebenarnya ada penyakit asma dah agak lama lebih kurang 11 tahun sejak dia pencen dan berhenti dari menghisap rokok…aku masih ingat lagi kalau dia balik dari keluar atau solat di surau aku akan bau tangan dia..nak hidu betul ke tidak abah dah berhenti dari merokok…aku anak bongsu dan aku amat manja dengan abah..”uchuk” adalah panggilan manja aku…abah sorang je yg panggil aku mcm tuh..

Sejak 3 – 4 tahun kebelakangan ini abah semakin uzur, abah masih boleh berjalan tapi semangat dia dah takde..puas kami adik beradik memujuk dia..tapi abah tak mengendahkan kami malah sejak keadaan abah macam tu dia dah mula jadi pemarah…selalunya mak dengan kakak aku menjadi mangsa kemarahan abah…abah sebenarnya marah dengan sakit yang ditanggungnya…dan dia melepaskan marah dia pada mak dan angah (kakak)…

Aku tak nampak apa perubahan dari abah pun..cuma sejak 2 bulan kebelakangan ni abah lebih banyak mendiamkan diri..

Sabtu, 11 Ramadan
Kami berbuka puasa beramai2 penuh rumah dengan anak cucu menantu…abah akan duduk dimeja makan sedangkan kami bersila dibawah beramai2..abah susah nak duduk bangun kalau bersila…sebelum berbuka tu dia cakap lah yg abang ipar aku tak pernah lupa untuk mengasingkan air untuk dia..seperti biasa abang ipar aku akan asingkan sebelum mengisi air batu sebab abah tak boleh minum air sejuk..dan aku pun menyampuk lah…”ya lah abah, kitorg semua ingat kat abah dan sayang kat abah tau..abah jer yg selalu marah2 dan cakap kitorg tak sayang abah”..mr.hubby singgung lengan aku sambil menjeling..takut abah terasa..abah sempat menjawab..”aku tau”…

Rabu, 15 Ramadhan..
Setiap kali balik dari kerja aku akan naik atas ambil anak2 dan aku akan jenguk abah di bilik..tapi hari Rabu tu aku tak naik sebab kat ofis ada berbuka puasa dan selalunya mr.hubby tak pernah pun nak bawak anak2 pergi berbuka di luar tanpa aku…tp malam tu dia dah bawak anak2 balik so aku tak naik atas untuk jenguk abah…sob..sob..sob

Khamis, 16 Ramadhan..
Lepas subuh aku bersiap2 untuk hantar anak2 kat rumah mak…pkl 6.55pagi telefon aku berbunyi..tak sempat angkat dan aku dengar telefon rumah berbunyi..achik panggil aku..aku masuk nak jawab aku tengok muka achik..dan achik kata “abah ko dah takde”..aku terus melutut kat telefon dan terduduk...aku sampai rumah mak dan terpandang sekujur tubuh sedang terbaring….lemah lutut aku bila berada dalam situasi itu..

Alhamdullilah segala urusan pengebumian dipermudahkan dan berjalan lancar...abah pernah pesan kalau dia meninggal nanti dia nak anak menantu cucu yang uruskan dari mandi, solat jenazah hinggalah ke liang lahat...

Memang betul kita akan terasa sangat2 bila orang yang paling kita sayang hilang buat selama-lamanya…jagalah dan hormatilah orang yang kita sayang itu selagi mereka masih ada…

"Ya Allah, aku memohon padaMu..Kau ampunilah segala dosa-dosa abah..Kau tempatkanlah abah digolongan orang2 yang beriman..Kau cucuri lah rahmat ke atas rohnya…
Semoga abah Haji Ibrahim Bin Che Din tenang disana…
Amin ya rabbal alamin.."






Ayah aku rindu padamu - Mawi

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu

*sesungguhnya aku tak kuat untuk menulis cerita ini sebenarnya
..dan aku rindu abah*