Monday, 25 August 2014

1 Syawal 1435H

"2nd year without abah" ~Al-fatihah~

Cerita pasal hari raya??..walaupun lagi 2 hari jer nak abis syawal..lantak situ..nak cite jugak..hahahah…macam biasa lah every year pun sama jer cuma this year kitorg beraya kat rumah baru… after 12 tahun aku tinggal kat rumah lama tuh (lepas kawin terus tinggal kat situ)…rumah baru ni pulak taklah rumah baru actually ni rumah sewa MIL now kitorg dah tinggal kat sini 8 bulan sudah…

Malam tu kakak & abang aku datang menyinggah kejap, dapatlah merasa lemang rendang yang acik abun aku buat untuk meniaga tuh...memang sedap menjilat siku lemang acik nih...


Biasanya malam raya kat sini akan ada orang datang takbir dari rumah ke rumah, si abang dah sibuk minta kami bagi dia join orang takbir ni..seronoklah dia bila dapat join…kat sini memang aku dapat rasakan kemeriahan hari raya..sebab kawasan kampung ni besar compare dgn rumah lama tu…sampai dekat pukul 1 pagi baru abang balik tu pun aku suruh en. asben pegi tengok-tengok dia…balik jer terus mengira duit raya yang dia dapat sambil cerita seronoknya dia pergi rumah ke rumah tuh..rumah ni makan itu...rumah ini makan ni lah...ya lah bang belalah badan awak tuh ya....sampai lah pkl 2 pagi baru dia tido 



Pagi raya, kejut dorang bangun..si abang dgn en. asben pegi solat raya dulu…balik tu terus bersiap pergi pusara abah…lepas tu terus kitaorg pergi beraya rumah opah.

Selesai beraya dengan opah baru balik rumah bersalam-salaman dengan mama..selesai bersalaman terus gerak rumah mak pulak..nilah rutin kitaorg sepanjang tahun bila hari raya…

sesi bermaafan
Sampai rumah mak tunggu abgcik sekeluarga sampai…barulah bersalaman bermaafan..bukan main lagi si baby bermaafan dgn tokmaknya..beriya2 menangis...banyak buat salah lah tuh…hehehehe



selfie-selfie anak buah
Dalam 1 jam jugaklah lepak kat rumah mak, mama cal kata bonda’s family nak datang…so kelam kabut lah kitorg balik rumah sana pulak…

Sampai2 jer bonda’s family dah sampai…bersalam-salaman..makan-makan..borak-borak…tak lama tu sampai pulak cik mira’s family..memang meriah lah hari tu ramai tetamu yang datang silih berganti...lepas selesai dorang beraya kat rumah..kami beramai-ramai pulak pergi beraya rumah mak yah…lepas makan-makan barulah aku balik semula rumah mak…duduk rumah mak sampai pukul 6.30.. pastu balik sbb mak & adik beradik aku pulak nak beraya kat rumah…tu jela keja aku masa 1st day raya tu…
  
with mami iffat
makngah sasha(mom to be), anyah & ommie 
"wefie" with ipar duai sepupu sepapat sebelah en. asben
with iboo aneem
Lepas maghrib, nenda’s family pulak sampai...dan tetamu datang tak henti sampai lah ke malam hari ..hampir pkl 2pagi jugaklah baru dapat luruskan pinggang…alhamdullilah..

Thursday, 26 June 2014

Aktiviti Baru

Ni nak citerlah yang aku dan cik asben dah aktif berbasikal sejak bulan April aritu..seronok sebenarnya bila ada hobi dan minat yang sama nih...kitorg lakibini ni mmg aktif bersukan dari sekolah lagi membawaklah ke tua nih...hehehhee..
Kat office aku nih mmg ada geng2 basikal nih...tapi perempuan mmg tak ramai lah yg join...adalah 5 orang lebih kurang...so aku ajak encik asben join berbasikal dgn officemate aku...FRIM adalah tempat pertama kitaorg berbasikal..kalau takde Abg Mizi memang tak lepaslah kitaorg nak redah hutan FRIM tu..





gambar atas ni 1st time lah aku sampai hutan FRIM ni...memang cuak lah aku dgn gaung dan jalan yg berbukit tu..betul-betul menguji kesabaran...memang mencabar lah..

17 May tu kami semua berjanjian beramai-ramai nak redah FRIM nih...adalah lebih kurang 15 orang kot yg join...



so sekrg ni every weekend morning ni lah aktiviti kitorg lakibini dan ptg weekend kalau takde antor menghantor buaian kitorg bawaklah abang adam & kakak dina jalan-jalan area rumah jer..