Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 26 June 2014

Aktiviti Baru

Ni nak citerlah yang aku dan cik asben dah aktif berbasikal sejak bulan April aritu..seronok sebenarnya bila ada hobi dan minat yang sama nih...kitorg lakibini ni mmg aktif bersukan dari sekolah lagi membawaklah ke tua nih...hehehhee..
Kat office aku nih mmg ada geng2 basikal nih...tapi perempuan mmg tak ramai lah yg join...adalah 5 orang lebih kurang...so aku ajak encik asben join berbasikal dgn officemate aku...FRIM adalah tempat pertama kitaorg berbasikal..kalau takde Abg Mizi memang tak lepaslah kitaorg nak redah hutan FRIM tu..





gambar atas ni 1st time lah aku sampai hutan FRIM ni...memang cuak lah aku dgn gaung dan jalan yg berbukit tu..betul-betul menguji kesabaran...memang mencabar lah..

17 May tu kami semua berjanjian beramai-ramai nak redah FRIM nih...adalah lebih kurang 15 orang kot yg join...



so sekrg ni every weekend morning ni lah aktiviti kitorg lakibini dan ptg weekend kalau takde antor menghantor buaian kitorg bawaklah abang adam & kakak dina jalan-jalan area rumah jer..




Thursday, 19 June 2014

Jalan-jalan Terengganu

Memang mood nak update blog ni tak tau dah hilang kemana...teruk sesangat dah kemalasan dia...ada jer macam2 nak dicerita tapi setiap kali tulis aku delete..tulis..delete...pastu log out terus...mungkin serabut dengan keadaan yang berlaku kot...alhamdullilah semua pun dah selesai
Permulaan tahun 2014 ni kami adik beradik banyak menghabiskan masa dengan mak lah...bawak mak jenjalan sana sini...Januari lepas kami pergi ke Terengganu, abang wan jer tinggal sbb tak boleh cuti...bergerak dari KL lebih kurang pukul 11 malam...encikasben ni mmg lemah skit bawak keta malam2..nasiblah ada abg ipar aku..aku nak drive mmg encikasben tak bagi lah...dia ni mmg susah skit kalau nak berjalan dgn dia mmg dia tak akan bagi aku drive..sampai terengganu lebih kurang pukul 5 lebih..berhenti solat subuh pastu pergi breakfast...pkl 9.30 dan check in kat chalet...berehat2 sampai tengahari aku pergi cari makan tengahari..tapau jer sbb masing2 malas nak keluar lagi..nak berehat..petang baru jalan2 ke pasar payang dan menyoping....

abg wan jer takde







"kami 4 beradik"

"BFF"

Tuesday, 4 March 2014

Grand Lexis Port Dickson

Walaupun 2013 dah lama meninggalkan kita..tapi citer untuk tahun 2013 tak abis-abis lagi..huhuhu...kesibukan dengan masalah dunia sana sini lah..wahhhh...hehehehehe..takperlah aku nak jugak masukkan dalam blog untuk kenang-kenangan gitewww...ngeh..ngeh..ngeh..

Ni nak citer pasal percutian kami masa cuti sekolah hari tu 23 -24 November 2013 sempena meraikan si abang Adam yg akan masuk JAWI aka berkhatan minggu depannya pulak..percutian 2 hari 1 malam di Grand Lexis Port Dickson..

Pada mulanya kami 3 beradik (angah, abgcik & akulah) merancang nak bawak mak berehat2 sambil berenang renang dalam bilik tu dan senang nak monitor budak2 tu kat dalam bilik jer...tapi angah & abgcik tak dpt join bersama disebabkan masalah teknikal..hehehehehe..terpaksalah aku berkongsi kasih sayang dgn Mr.R membayor harga bilik yg agak tercekik dan tersedak bila orang tanya berapa harga bilik untuk 1 malam.



Pagi tu mama dah siap-siap dengan nasi lemak untuk dibawak sebagai bekalan nanti, pastu pergi jemput mak dan daniel kat BBS...

Sampai kat hentian rehat rembau...apalagi serbu nasi lemaklah...lepas makan terus gerak..tengok jam masih awal lagi masa tu baru pukul 10.30pagi so Mr.R ajak pergi melawat muzium askar..selalu pergi PD tak pernah lah nak menyinggah kat situ...



Dalam terowong..si boboy nih memang penakutlah..berdukung tak nak turun..


Aku cakap kat Mr.R jomlah kita pergi terus GLPD tu kot2 boleh check-in awal kan...GLPD ni check-in dia pukul 4pm and check-out 12pm..masa aku sampai GLPD tu baru pukul 1.30pm..takpelah just let them know lah yg kitorg dah sampai and mana tau ada "ong" pulak hari tu bolehlah check-in awal kan..kesian tgk mak nampak macam penat dah..dah selesai register reception tu bgtau kalau ada bilik nanti kami akan terus hubungi puan...wah best ni..aku siap cakap..lagi awal lagi bagus...hehehehe..


Pastu bawak mak dgn mama pergi minum air kelapa kat tepi laut..baru jer duduk GLPD cal kata bilik dah ready..apalagi selesai jer minum & tapau makanan terus gerak cepat...rugi masa nanti..hehehehe

Sesampai jer naik buggy menuju ke bilik...bukak jer pintu semua pun dah mengelabah nak terjun kolam.. memang bestlah tempat nih...berbaloi lah bebudak ni duduk dalam kolam tu dari pkl 2 sampai lah ke pukul 7..boboy tak nak masuk dah sbb awal2 sampai dia boleh terjun terus dalam tu..nyaris abang daniel nampak...adoi boboyot nih...memang kami akan sampai lagi lah lepas ni...nak kena kumpul duit bebanyak dulu ler..ptg tu aku jejalan lah kat area situ dgn Mr.R and boboyot..


Lepas maghrib keluar dinner ...
Balik sambung lagi berendam budak-budak nih...angah dgn abgmie pun dtg jugak malam tu sbb si shahrul dah makan hati tgk adik-adik berendam kat kolam tu....pkl 12.30 malam baru angah balik...


Esok pagi tu aku dan Mr.R pergi beli sarapan siap2 kat luar masa tu semua tidur lagi...bila aku balik jer tgk semua dah ada dalam air...pastu bawak mak and mama jalan2 kat luar tu....


Pukul 11.30 dah bersiap2 nak check-out dah...bergambaran lah dulu..

Wednesday, 28 August 2013

Syawal ke 4 di Kampung Mak - Sabak Bernam

Seawal 8.30 pagi aku dah bersiap2 dah, tunggu abgcik di rumah mak..bawak 2 kereta jer..jimat katanya..kami ikut LATAR..sepanjang perjalanan tu hujan turun dengan lebat lah jugak...

Bila hujan perut pun laparlah, mak dah cakap awal2 kena bawak makanan sbb kedai memang tak bukak lah raya2 ni..sampai kat bukit melawati tu abglong ajak minum kat kedai mamak..tapi penuhlah pulak...teruskan lagi perjalanan...lepas jambatan tu nampak GIANT..wassap shahrul suh berhenti kat Giant..

Lepak kat food court luar Giant tu beli air jelah sebab mak ada buat nasi goreng dan kakcik pun ada beli bihun goreng..abis makanan licin semua..jom kita teruskan perjalanan kita..



saya sayang mak saya..muahhh..
Rumah pertama yang hendak dituju ialah rumah abang mak aka Wak Long...wak long ada sorang jer anak..anak lelaki masih belum kahwin...wak long kahwin pun dah agak berumur..katanya biar adik2 lepas dulu..itulah pengorbanan seorang abang..

"Wak Long" abang mak yg sulung


Setelah lebih kurang 2 jam dan lepas makan tengahari yang super duper sedap tu (rebung masak lemak, sambal tumis ikan bilis, ikan jaket lah...macam2 lah) kami pun mau berangkat menuju ke rumah seterusnya..
singgah solat zohor dulu di masjid..anak dara tu sentap sebb aku lupa nak bawak telekung dia...huhuhu

Rumah berikutnya ialah rumah Abg Ajak, sebab kakak mak ada kat situ...kat sini makan laksa, nasi impit kuah kacang, mee udang..gumuks..gumuks..

"Enchik" kakak mak sedap jer tgk adik dia makan..hehehe



biasalah kat kampung ni mesti ada meriam punya..berlawan2 bunyi dgn kampung sebelah..tak meriah raya kalau tak meletop-letop nih..

abglong takut2 berani nih...hehehe


  




Ok, marilah kita ke rumah seterusnya..kat belakang rumah ni jer..rumah anjang..adik abg ajak...lepak makan kuih raya jer sebab perut dah mengetat dan tersembul..hehehehe..lepak2 rehat mandi bagai sampai pkl 6 ptg jom lah kita pulang...


Msg iboo aneem ada kat rumah tak ingat nak menyinggah lah sekejap nak jumpa si kembar..dah alang2 lalu kat Tanjung Karang tu..iboo ada kat rumah siap masak mee bandung yang sedap giler babas lagi..nyumm..nyumm..


Perjalanan pulang ke KL taklah jem....so sampai KL lebih kurang pukul 10.30 malam...esoknya aku masih bercuti...

Friday, 23 August 2013

Cerita Raya Kami

Assalamualaikum,

Mulanya memang takde mood langsung nak menyambut hari raya nih…tapi sebab fikirkan abang adam dan kakak dina yang berpuasa penuh dan atas nasihat kawan2 aku kuatkan diri..mak jugak cakap kalau korang sedih nanti abah pun akan sedih jugak nanti (walaupun aku tau yg mak lagi sedih sebenarnya)..kan abah pesan kalau dia takde nanti jangan nak bersedih sangat..solat jangan lupa dan yang penting selalu doakan untuk dia L

Beberapa orang yang aku jumpa bila cerita pasal abah meninggal di pertengahan bulan Ramadan mesti dorang akan senyum dan berkata…”Ya Allah, bagusnya meninggal di bulan Ramadan..apakah amalan yang abah kau buat sampai dia dijemput dibulan berkah itu”.

Banyak pengajaran yang menginsafkan aku bila semua ini terjadi..masa aku belum kahwin dulu aku selalu tengok abah bangun tengah malam buat solat sunat boleh dikatakan setiap malam…aku dengar abah menangis semasa dia buat solat sunat taubat…abah juga pernah cakap kat kami semua…yang dia terlalu banyak dosa dan banyak benda terlarang yang dia buat dan dia harap Allah SWT menerima taubat dia..dan Allah telah menguji abah dengan penyakit yang abah tanggung sebagai mencuci segala dosa-dosa yang di lakukan dan dalam masa yang sama Allah juga telah menguji kesabaran kami semua dengan pelbagai dugaan…sesungguhnya kami semua teramat sayang dan rindu dengan abah…kami harap abah ampunkan segala dosa-dosa kami terhadap dia..setiap kali raya masa salam bersalam abah mesti cakap ayat yg sama “korang tak pernah buat salah kat aku, dan aku ampunkan segala dosa-dosa korang..aku marah sebab aku sakit”

Walaupun abah dah takde depan mata tapi dia tetap ada dalam hati aku nih sampai bila2…

Mak nampak berubah, selalu termenung dan berkhayal dan mak pernah cakap selama 46 tahun aku tak pernah berpisah dengan abah kau.…sedangkan lidah lagi tergigit…macam2 yg mak lalui dgn abah…itu semua adalah kenangan terindah buat mereka..

Emosional lah pulak..oklah, jom citer pasal raya pulak..
Pagi raya lepas mr.hubby dan abang adam balik solat raya, kami sekeluarga berkumpul dirumah opah untuk bermaaf-maafan..tahun ni ramai sebab bonda dan family dah sampai malam raya tu lagi…seperti biasa setiap tahun..lepas bermaafan di rumah opah barulah aku pergi rumah mak sampailah petang…dekat pun bukannya jauh sangat..10 minit jer pun…

masing2 dah stanby nak bersalam dan kutip duit raya..hehehe

Bergambar di tangga rumah opah..

Princess papa tak abis2 menangis minta maaf..org lain dah abis dia tak abis lagi

gambar bawah barisan penyambut tetamu..hehehehe
Kami memang orang KL so tak payah nak bersesak-sesak kat lebuhraya sana..sapa kata kat KL tak meriah..kaum keluarga saudara mara pun semua orang KL so memang meriah lah..
Pkl 12.30 tghari baru sampai rumah mak sebab nak tunggu abangcik sampai dulu sebab ingat nak pergi pusara terus…tapi achik (adik bongsu mak) & family dah sampai..so batalkan niat nak ke pusara..tp anak2 buah aku, abang long dan mr. hubby pergi kubur dulu..

Melayan achik & family...memang kecoh lah sepupu2 aku nih..sekali sekala jumpa macam ni lah..kepala semua giler2..penuh rumah dengan anak cucu menantu semua..aku memang rapat dgn sepupu aku ni..kami sebaya..kalau kecik2 dulu selalu nak pakai baju sama jer..cuti sekolah jer aku akan ke rumah dia atau dia ke rumah aku..


Abanglong cal kata kat kubur tu penuh sesak, dia suruh pergi petang jer..lepas achik sekeluarga balik barulah sesi maaf bermaafan…sebak aku masa nih..aku cakap kat mak..”mak tolong jaga kesihatan mak ya..sbb org taknak kehilangan buat kedua kali lagi…waaaa”

sangat syahdu waktu nih..princess papa tu emo lagi kat sini
Al-Fatihah..semoga abah tenang disana...amin
Dah selesai semua, dalam pukul 3.30ptg kitorg bergerak ke kubur..alhamdullilah orang pun dah tak ramai..selesai membaca yassin kami pun bergerak mau menuju ke rumah opah semula..mak nak jumpa besan dia..MIL aku..

Dalam pukul 6.30ptg mak dan adik beradik aku semua dah balik..kemas lah apa yang patut pastu aku nak tidokan si boboy nanti kang merenggek jer keje dia kalau tak tido..malam tu pergi balik rumah mak..lepak2 sampai pkl 11mlm baru balik…

Inilah keluarga saya...Abglong, Angah, Abgcik & Me..love them so much...
Selesai sudah cerita raya pertama saya…