Tuesday, 20 August 2013

15 August 1941 - 25 July 2013

Al- Fatihah

Abah telah pergi meninggalkan kami semua pada 16 Ramadhan, aku tak tau macam mana nak mulakan..tapi sejak 2-3 bulan sebelum nih aku memang takde mood langsung nak update blog nih..dah taip pastu delete..taip lagi..delete lagi..
Masuk bulan Ramadan lagilah aku rasa semacam, setiap kali solat hati aku akan tiba2 jadi sebak dan sayu bila aku mendoakan untuk ibubapa aku…dan aku akan teringat semula bila bulan Ramadan ni abah lah yang akan menjadi orang yang paling sibuk sekali semasa sihat dia..

Abah sebenarnya ada penyakit asma dah agak lama lebih kurang 11 tahun sejak dia pencen dan berhenti dari menghisap rokok…aku masih ingat lagi kalau dia balik dari keluar atau solat di surau aku akan bau tangan dia..nak hidu betul ke tidak abah dah berhenti dari merokok…aku anak bongsu dan aku amat manja dengan abah..”uchuk” adalah panggilan manja aku…abah sorang je yg panggil aku mcm tuh..

Sejak 3 – 4 tahun kebelakangan ini abah semakin uzur, abah masih boleh berjalan tapi semangat dia dah takde..puas kami adik beradik memujuk dia..tapi abah tak mengendahkan kami malah sejak keadaan abah macam tu dia dah mula jadi pemarah…selalunya mak dengan kakak aku menjadi mangsa kemarahan abah…abah sebenarnya marah dengan sakit yang ditanggungnya…dan dia melepaskan marah dia pada mak dan angah (kakak)…

Aku tak nampak apa perubahan dari abah pun..cuma sejak 2 bulan kebelakangan ni abah lebih banyak mendiamkan diri..

Sabtu, 11 Ramadan
Kami berbuka puasa beramai2 penuh rumah dengan anak cucu menantu…abah akan duduk dimeja makan sedangkan kami bersila dibawah beramai2..abah susah nak duduk bangun kalau bersila…sebelum berbuka tu dia cakap lah yg abang ipar aku tak pernah lupa untuk mengasingkan air untuk dia..seperti biasa abang ipar aku akan asingkan sebelum mengisi air batu sebab abah tak boleh minum air sejuk..dan aku pun menyampuk lah…”ya lah abah, kitorg semua ingat kat abah dan sayang kat abah tau..abah jer yg selalu marah2 dan cakap kitorg tak sayang abah”..mr.hubby singgung lengan aku sambil menjeling..takut abah terasa..abah sempat menjawab..”aku tau”…

Rabu, 15 Ramadhan..
Setiap kali balik dari kerja aku akan naik atas ambil anak2 dan aku akan jenguk abah di bilik..tapi hari Rabu tu aku tak naik sebab kat ofis ada berbuka puasa dan selalunya mr.hubby tak pernah pun nak bawak anak2 pergi berbuka di luar tanpa aku…tp malam tu dia dah bawak anak2 balik so aku tak naik atas untuk jenguk abah…sob..sob..sob

Khamis, 16 Ramadhan..
Lepas subuh aku bersiap2 untuk hantar anak2 kat rumah mak…pkl 6.55pagi telefon aku berbunyi..tak sempat angkat dan aku dengar telefon rumah berbunyi..achik panggil aku..aku masuk nak jawab aku tengok muka achik..dan achik kata “abah ko dah takde”..aku terus melutut kat telefon dan terduduk...aku sampai rumah mak dan terpandang sekujur tubuh sedang terbaring….lemah lutut aku bila berada dalam situasi itu..

Alhamdullilah segala urusan pengebumian dipermudahkan dan berjalan lancar...abah pernah pesan kalau dia meninggal nanti dia nak anak menantu cucu yang uruskan dari mandi, solat jenazah hinggalah ke liang lahat...

Memang betul kita akan terasa sangat2 bila orang yang paling kita sayang hilang buat selama-lamanya…jagalah dan hormatilah orang yang kita sayang itu selagi mereka masih ada…

"Ya Allah, aku memohon padaMu..Kau ampunilah segala dosa-dosa abah..Kau tempatkanlah abah digolongan orang2 yang beriman..Kau cucuri lah rahmat ke atas rohnya…
Semoga abah Haji Ibrahim Bin Che Din tenang disana…
Amin ya rabbal alamin.."






Ayah aku rindu padamu - Mawi

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang

Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
di hari raya ini
ku merindui mu

*sesungguhnya aku tak kuat untuk menulis cerita ini sebenarnya
..dan aku rindu abah*

No comments:

Post a Comment