Assalamualaikum,
Mulanya memang takde mood langsung nak menyambut hari raya
nih…tapi sebab fikirkan abang adam dan kakak dina yang berpuasa penuh dan atas
nasihat kawan2 aku kuatkan diri..mak jugak cakap kalau korang sedih nanti abah
pun akan sedih jugak nanti (walaupun aku tau yg mak lagi sedih sebenarnya)..kan
abah pesan kalau dia takde nanti jangan nak bersedih sangat..solat jangan lupa
dan yang penting selalu doakan untuk dia L
Beberapa orang yang aku jumpa bila cerita pasal abah
meninggal di pertengahan bulan Ramadan mesti dorang akan senyum dan berkata…”Ya
Allah, bagusnya meninggal di bulan Ramadan..apakah amalan yang abah kau buat
sampai dia dijemput dibulan berkah itu”.
Banyak pengajaran yang menginsafkan aku bila semua ini
terjadi..masa aku belum kahwin dulu aku selalu tengok abah bangun tengah malam
buat solat sunat boleh dikatakan setiap malam…aku dengar abah menangis semasa
dia buat solat sunat taubat…abah juga pernah cakap kat kami semua…yang dia
terlalu banyak dosa dan banyak benda terlarang yang dia buat dan dia harap
Allah SWT menerima taubat dia..dan Allah telah menguji abah dengan penyakit
yang abah tanggung sebagai mencuci segala dosa-dosa yang di lakukan dan dalam
masa yang sama Allah juga telah menguji kesabaran kami semua dengan pelbagai
dugaan…sesungguhnya kami semua teramat sayang dan rindu dengan abah…kami harap
abah ampunkan segala dosa-dosa kami terhadap dia..setiap kali raya masa salam
bersalam abah mesti cakap ayat yg sama “korang tak pernah buat salah kat aku,
dan aku ampunkan segala dosa-dosa korang..aku marah sebab aku sakit”
Walaupun abah dah takde depan mata tapi dia tetap ada dalam
hati aku nih sampai bila2…
Mak nampak berubah, selalu termenung dan berkhayal dan mak
pernah cakap selama 46 tahun aku tak pernah berpisah dengan abah kau.…sedangkan
lidah lagi tergigit…macam2 yg mak lalui dgn abah…itu semua adalah kenangan terindah buat
mereka..
Emosional lah pulak..oklah, jom citer pasal raya pulak..
Pagi raya lepas mr.hubby dan abang adam balik solat raya,
kami sekeluarga berkumpul dirumah opah untuk bermaaf-maafan..tahun ni ramai
sebab bonda dan family dah sampai malam raya tu lagi…seperti biasa setiap tahun..lepas
bermaafan di rumah opah barulah aku pergi rumah mak sampailah petang…dekat pun
bukannya jauh sangat..10 minit jer pun…
masing2 dah stanby nak bersalam dan kutip duit raya..hehehe |
Bergambar di tangga rumah opah.. |
Princess papa tak abis2 menangis minta maaf..org lain dah abis dia tak abis lagi |
gambar bawah barisan penyambut tetamu..hehehehe |
Kami memang orang KL so tak payah nak bersesak-sesak kat
lebuhraya sana..sapa kata kat KL tak meriah..kaum keluarga saudara mara pun
semua orang KL so memang meriah lah..
Pkl 12.30 tghari baru sampai rumah mak sebab nak tunggu
abangcik sampai dulu sebab ingat nak pergi pusara terus…tapi achik (adik bongsu
mak) & family dah sampai..so batalkan niat nak ke pusara..tp anak2 buah aku,
abang long dan mr. hubby pergi kubur dulu..
Melayan achik & family...memang kecoh lah sepupu2 aku nih..sekali
sekala jumpa macam ni lah..kepala semua giler2..penuh rumah dengan anak cucu
menantu semua..aku memang rapat dgn sepupu aku ni..kami sebaya..kalau kecik2 dulu selalu nak pakai baju sama jer..cuti sekolah jer aku akan ke rumah dia atau dia ke rumah aku..
Abanglong cal kata kat kubur tu penuh sesak, dia suruh pergi
petang jer..lepas achik sekeluarga balik barulah sesi maaf bermaafan…sebak aku
masa nih..aku cakap kat mak..”mak tolong jaga kesihatan mak ya..sbb org taknak
kehilangan buat kedua kali lagi…waaaa”
sangat syahdu waktu nih..princess papa tu emo lagi kat sini |
Al-Fatihah..semoga abah tenang disana...amin |
Dah selesai semua, dalam pukul 3.30ptg kitorg bergerak ke
kubur..alhamdullilah orang pun dah tak ramai..selesai membaca yassin kami pun
bergerak mau menuju ke rumah opah semula..mak nak jumpa besan dia..MIL aku..
Dalam pukul 6.30ptg mak dan adik beradik aku semua dah
balik..kemas lah apa yang patut pastu aku nak tidokan si boboy nanti kang
merenggek jer keje dia kalau tak tido..malam tu pergi balik rumah mak..lepak2
sampai pkl 11mlm baru balik…
Inilah keluarga saya...Abglong, Angah, Abgcik & Me..love them so much... |
No comments:
Post a Comment